Tuesday, December 27, 2016

Penghujung 2016....

Hai, lagi beberapa hari nak masuk  tahun baru 2017. Apa persediaan menyambut tahun baru 2017? Azam? Hahaha, tiap-tiap tahun berazam. Awal tahun punya lah berkobar2, last2 macam tu juga. Walau apa pun, semoga terus sukses, diberi kesihatan yang baik, dan semua yang baik-baik. Insya-Allah.
 
Cuti sekolah pun semakin dah sampai ke penghujung. Persiapan sekolah anak-anak dah beres ke? Kami, Alhamdulillah, boleh dikatakan hampir beres, ada sikit2je lagi yang belum settle. Huiii.. tahun ni ongkos banyak habis kat cik kembar. Masuk tadika kan... kos lagi banyak, tambah lagi ganda dua. Yuran register tadika macam tu lah.... Tapi dah memang itu pilihan kita, berkorban untuk anak2. Mujur ada 'pitih' bawah bantal/tilam ^___^

Yang abang2 pula - Iman dan Wafiy, tak banyak yang habis, hanya beli baju sekolah kebangsaan dan sekolah agama, kasut sepasang dua, stoking, singlet, seluar kecik ;-)). Beg sekolah diaorang masih elok, dah bertahun pakai. Berbaloi2 beli mahal 3 tahun lepas! ;-))
 

Cik kembar rumah famili kat kampung. Pening cik sue (adik bongsu saya) melayan kerenah diaorang ;-))


Cuti sekolah, anak-anak banyak kat rumah, sekali/dua ada bawa mereka tengok wayang. Dan, beberap hari lepas sempat lah balik Kelantan 4 hari. Terubat rindu ... balik jenguk mak ayah. Macam biasa, balik kampong perut mesti sendat, ketat dan padat, makan tak berhenti..hahahha. Moga berat badan bertambah sekilo-dua. Hahaha! Anak-anak pun seronok balik kampung, suasana kampung, sesekali hujan, cuaca sejuk, nyaman.....^__^


Roti Canai Kari Gear Box-Marvelos! Kat Wakaf Che Yeh



Nasi Lemak Ma dan Jeput Pisang (Cekodok) #airtanganibu Sedap yang amat, masih teringat-ingat sambal bilis!



Kuih Che Mek -Lagi air tangan ibu. Anak dia tolong ngap je. ;-))


Hari ni dah mula kerja ... sunyi opis, masih ramai yang bercuti, sampai ke tahun depan la tu gamaknya ;-))


Cuti dah habis, kembali ke sarang, balik KL dah ... Singgah Marry Brown Raub


1 comment:

Aida Salleh said...

Masakan bonda memang tak boleh tolak kan dik kan? akak skg dah tak merasa dah...bonda sendiri takde...bonda mertua tak jumpa lagi...hehhehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...