Tuesday, September 1, 2015

Rak Simple di Stor Kecil

Katil bilik kami dah lama patah, dan kayunya tersadai tepi dinding bilik. Nak buang sayang, mungkin ada sesuatu yang boleh dibuat dengan kayu-kayu tu.

Dua minggu lepas, tetiba rajin pula suami nak buat rak simple, letak kat stor kecik kami (belakang dapur - kat sini juga tempat letak mesin basuh). Ha, kan dah cakap, memang banyak kegunaan kayu-kayu tu, nasib tak buang ;-))


Dan, nasib baik juga mood rajinnya datang, kalau tak, bertahun-tahun la kayu tu kat tepi dinding. Dinding dah kosong, tak de dah rasa serabut mata ini melihatnya. Rak tu nanti bolehlah susun apa2 yang patut. ;-))


Sambil-sambil tu, kami laki bini mengemas barang-barang kat stor tu, sisih barang-barang yang tak de makna disimpan lagi, buat semak je! Fuh, rasa lega sangat, kemas!

 
Okey, siap! ;-))
 
 
Jimat belanja, suka, suka, suka!


Dan, ini lokasi sebenarnya, sebelah mesin basuh (adus, gambar gegar, eh okey, tangan saya yang gegar ;-)) 

2 comments:

Iela Fazielah said...

berguna jugak...kalau cat lg cantik kot dieyana.... jimat pun ye

- dieyana - said...

ha itu la iela, cat ada, tapi mcm tak berapa nak rajin ;-)) Biar mcm tu je..klasik konon hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...